Gugur. {budak-tomato}
Saturday, 14 February 2015@ 01:11 0 ☰
Gugurlah pemudi itu.
Bila cita-cita bertunjangkan nafsu.
Bila impian mengatasi keyakinan pada Tuhan.
Gugurlah pemudi itu.
Bila kekuatannya bukan kerana Tuhan.
Bila cintanya pada dunia melebihi cintanya pada agama.
Bila langkahnya menjauhi syurga.
Maka gugur juga pemudi itu.
Bila dia berjaya tawan hati berjuta manusia.
Tapi hati ibu bapanya terluka.
Umi abah.
Maafkan kesalahan saya.
Maafkan kesilapan saya.
Halalkan perjuangan saya untuk agama.
Redhakan pemergian saya.
Redhakan segala perilaku saya.
Maafkan saya yang kadang lupa.
Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa.
